Bali sedia untuk menaikkan cukai pelancongan negara itu kepada angka lebih tinggi.
Ini untuk mengawal kemasukan pelancong yang terlalu ramai dan tidak terkawal di kawasan pusat peranginan tersebut – menurut laporan yang dipetik daripada laman Beautifulnara.
Baru baru ini, kerajaan Indonesia menzahirkan rasa kecewa dengan perangai segelintir pelancong yang tidak menghormati alam sekitar dan penduduk tempatan di Bali.
Pelancong seolah olah menganggap Bali sebagai pusat pelancongan yang sangat murah dan tidak perlu risau untuk melakukan kesalahan apabila berada di sana.
Oleh sebab itu Ketua Majlis Perundangan Wilayah Bali, Kresna Budi mahu kerajaan menaikkan cukai pelancongan daripada RM42 kepada RM236 – ianya lebih 5 kali ganda kenaikan.
Semuanya dibuat agar pelancong lebih bertanggungjawab.
Pada masa yang sama wang daripada kutipan cukai yang besar ini akan dapat digunakan untuk menubuhkan unit polis bantuan khas yang memantau aktiviti para…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: