Walaupun ramai yang berpendapat kerja di luar negara lebih baik berbanding di Malaysia, masih ada juga yang merasakan mereka perlu menumpahkan bakti ke negara tercinta.
Baru-baru ini tular hantaran seorang individu meluahkan perasaannya yang kurang berpuas hati denga persekitaran kerjanya sehingga nekad untuk kembali ke tempat kerja sebelum ini di luar negara.
Artikel Berkaitan:
Menurut individu berkenaan, beliau merupakan penjawat awam yang baharu pulang ke Malaysia selepas mendapat tawaran untuk berkhidmat di sektor kerajaan.
“Saya penjawat awam baru enam bulan. Belum disahkan jawatan lagi. Sebelum ini, saya bekerja di luar negara. Balik semula ke Malaysia kerana dapat tawaran kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional atas niat mahu berkhidmat kepada negara tercinta.
“Saya tak expect culture kerja di jabatan kerajaan sangat slow (maaf cakap). Semua slow. Tambah dengan dua, tiga orang staf gred bawahan yang agak tak membantu melancarkan proses kerja seharian saya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
