Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Baling Ais Dan Mencarut Ke Atas Pengadil, Antonio Rudiger Berdepan Hukuman Berat

today27 April 2025

Background
antonio rudiger


Antonio Rudiger berdepan hukuman berat kerana kesalahan menyerang pengadil deengan tindakan ganas dan secara verbal.

Dalam aksi el clasico di final Copa Del Rey, Antonio Rudiger membaling ais ke arah pengadil selepas kecewa dengan kekalahan pasukannya.

Antonio Rudiger, pemain pertahanan Real Madrid, mungkin menghadapi tindakan disiplin berat kerana tindakannya itu.

Insiden itu berlaku sejurus selepas wisel penamat ditiup. Rakaman video menunjukkan Rüdiger kelihatan melemparkan ais sambil berang terhadap keputusan pengadil.

Pihak berkuasa bola sepak Sepanyol sedang menyiasat perkara itu, dan jika didapati bersalah, Rudiger boleh dikenakan penggantungan beberapa perlawanan atau denda berat.

Real Madrid belum mengeluarkan kenyataan rasmi, tetapi sumber dalaman mengatakan kelab itu bimbang insiden ini akan mencalarkan reputasi mereka.

Lebih lebih lagi sebelum perlawana Real Madrid TV telah mengeluarkan kenyataan mengecam pemilihan pengadil.

Rudiger

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post