MELAKA – Syarikat peruncitan, Baloy Sdn. Bhd. (Baloy) menyediakan ‘buku 555’ untuk membantu usahawan yang mengalami masalah kewangan akibat pandemik memulakan semula perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yen CY berkata, untuk tujuan tersebut, pihaknya menggunakan kaedah Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) bagi membolehkan peniaga mendapatkan stok perniagaan masing-masing tanpa dibebani modal yang besar pada peringkat awal.
Menurut beliau, peniaga dibenarkan mengambil dahulu barang keperluan perniagaan bernilai antara RM1,000 hingga RM20,000 sebelum membayarnya pada hujung bulan.
“Ia sama seperti zaman dahulu tetapi apa yang membezakan Baloy adalah ia menggunakan aplikasi servis tanpa tunai myIOU yang mana nilai kredit sehingga RM20,000 akan diberikan kepada pemohon.

“Kami berharap peniaga dapat kembali berniaga dan operasi akan pulih secara berperingkat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan gudang Baloy pertama di Melaka di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
