Site icon Kool FM

Bandar Enstek berjaya tarik pelaburan baharu RM420 juta


SEREMBAN – Bandar Enstek berjaya menarik pelaburan baharu sebanyak RM420 juta dengan termeterainya perjanjian jual beli TH Properties Sdn. Bhd. bersama empat syarikat iaitu  Educ8 Group, Gobuilders Netsoft, Malindo Airways dan Meta Legends.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pelaburan baharu itu terdiri daripada pelbagai sektor seperti pendidikan, logistik dan makanan serta mampu menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan.

Menurut beliau, sebelum ini, Bandar Enstek, telah berjaya menarik masuk pelaburan melebihi RM4 bilion dan berjaya menjana lebih 1,500 pekerjaan untuk masyarakat setempat.

“TH Properties menjadi antara penyumbang terbesar menarik masuk pelaburan ke  Bandar Enstek dan techpark@enstek sekali gus ia telah membantu menyokong  pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan. 

“Di samping peningkatan hasil negeri, kemasukan pelabur seperti Educ8 Group contohnya dapat menambah baik tahap sosio-ekonomi dan pendidikan masyarakat di bandar ini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version