Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Dalam usaha untuk mewujudkan imuniti kelompok serta memutuskan rantaian COVID-19, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan dua dos suntikan vaksin. Saranan ini dibuat dalam mengurangkan jumlah pesakit COVID-19 serta membolehkan pelbagai aktiviti dapat dibuka semula.
Menerusi kelonggaran yang ditawarkan pihak kerajaan baru-baru ini buat mereka yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, nampaknya terdapat golongan antivaksin yang berani melakukan ‘eksperimen sosial’ dalam cubaan untuk dine-in di restoran.
Hasil eksperimen sosial yang dikongsikan di media sosial menerusi akaun Facebook Mujaheeda Soleha ini nampaknya telah mendapat perhatian netizen di mana para netizen berharap pasangan ini dikenakan tindakan kerana mampu memudaratkan individu lain.

Menerusi laporan terbaru yang dikeluarkan, pihak Polis Klang Selatan dimaklumkan telah menahan pasangan yang berusia 35 tahun dan 36 tahun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
