Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bangga ‘Tayang’ Keputusan Gagal SPM, Ramai Persoal Tindakan Pelajar Ini

today30 May 2024

Background


Ramai yang memperoleh keputusan membanggakan. Walau bagaimanapun, tular pula sebuah ciapan di laman aplikasi X ini apabila seorang individu berkongsi tangkap layar keputusan seorang pelajar di TikTok telah menjadi bualan ramai.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh @aliaakyle, kelihatan pelajar tersebut telah memuat naik keputusan SPM di akaun TikToknya.

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila pelajar itu memperoleh enam subjek gagal dan dua subjek berstatus tidak hadir.

Malah, dia seolah-olah bangga menayang keputusannya itu dan berkata “Alhamdulillah bersyukur apa yang kita dapat”.

“Bukan nak downgrade tapi otak I tak boleh brain how can budak sekarang yang keep posting results dorang mcm ni? Like I would be malu gila ye bahasa sendiri pun gagal. One day diaorang akan sedar lah kot betapa ilmu ni penting ye,” kata pengguna X.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post