Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bank Islam, AKPK perkasa pengetahuan kewangan individu dan PKS

today4 April 2022

Background


PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi memperluaskan program pendidikan pengurusan kewangan untuk individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kedua-dua pihak sebelum ini telah menjalankan program kerjasama rintis sejak bermulanya pandemik Covid-19 buat kakitangan di syarikat-syarikat panel Bank Islam dan ia mendapat sambutan menggalakkan dengan penganjuran lebih 60 sesi perkongsian ilmu.

Melalui MoU tersebut, wakil AKPK akan mendidik kakitangan syarikat panel dan pelanggan Bank Islam serta peserta program pendidikan kewangan AKPK tentang pengurusan kewangan yang baik melalui modul-modul yang dibangunkan secara bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pihaknya sedang mengorak langkah untuk meningkatkan peranannya sebagai penyedia produk dan perkhidmatan kewangan patuh syariah bagi memenuhi keperluan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post