PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad mencatat sejarah baharu apabila menjadi institusi perbankan Islam tulen yang lengkap disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini melalui pengambilalihan BIMB Holdings Berhad (BHB).
Pengambilalihan ini menandakan muktamadnya langkah penstrukturan semula Kumpulan BHB. Pada masa yang sama, BHB akan menjadi anak syarikat kepada Bank Islam, dengan bank mengambil peranan sebagai syarikat induk.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BHB dan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, Bank Islam akan diberikan kuasa penuh dalam menjalankan dan meneruskan strategi korporat dan perniagaan.
“Bank Islam akan diberikan autonomi penuh dalam menjalankan dan meneruskan strategi korporat dan perniagaannya serta menerapkan inisiatif pengurusan modal dengan muktamadnya langkah korporat ini.
“Melalui penyenaraian ini, Bank Islam mempunyai akses kepada sumber modal yang lebih luas dan pelbagai, membolehkan penggunaannya untuk menyokong program…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: