PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) melancarkan sebuah dana khusus untuk memelihara kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim di Malaysia melalui platform pendanaan awamnya, Sadaqa House.
Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan Bank Islam, Mohd Nazri Chik berkata, dana baharu yang bertemakan From Cradle to Graduation ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada anak-anak yatim di seluruh negara, daripada peringkat bayi sehingga remaja.
Menurut beliau, dana itu direka khusus untuk memastikan pendidikan anak-anak tersebut tidak tercicir dan membolehkan mereka melanjutkan pendidikan sehingga ke peringkat Ijazah.
Menerusi Misi 2040, Sadaqa House menyasarkan kutipan dana kekal RM1 billion menjelang tahun 2040.

Bank Islam berhasrat untuk menyalurkan RM3 juta setiap bulan kepada pendidikan dan kebajikan anak-anak yatim di Malaysia melalui hasil pulangan pelaburan dana kekal tersebut dalam instrumen kewangan bersesuaian.
“Bagi memastikan manfaat terus disalurkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
