PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah meluluskan kemudahan pembiayaan berjumlah RM360 juta untuk Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan Selgate Healthcare Sdn. Bhd. (Selgate) untuk perolehan, pengeluaran dan pengedaran vaksin sebagai sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi sokongan yang diperlukan pelanggannya termasuklah meluluskan kemudahan pembiayaan bagi membantu syarikat terlibat dalam rantaian bekalan berkaitan Covid-19 untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan.
Menurutnya, pada masa sekarang, pendedahan bank terhadap industri penjagaan kesihatan berjumlah lebih RM250 juta dan Bank Islam menyediakan kemudahan kewangan kepada syarikat dengan keperluan segera untuk melawan pandemik ini secara efektif.

“Ekonomi dijangka bertambah baik dengan peluasan lebih banyak aktiviti ekonomi, terutamanya dengan kebenaran rentas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
