Site icon Kool FM

Bank Islam perkukuh komitmen ESG


PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menjadi salah satu rakan pengasas dan institusi perbankan Islam Malaysia pertama dalam satu pakatan global yang membentuk masa hadapan data berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) menerusi pelancaran ESG Book.

Ia merupakan sebuah platform percuma dibangunkan oleh firma pengurusan aset dan data global, Arabesque serta berperanan sebagai sumber utama baharu maklumat kemampanan korporat digital bagi menyediakan rangka kerja maklumat ESG neutral dalam masa nyata.

Pakatan ESG Book ini memanfaatkan peralatan keupayaan pelaburan kuantitatif, kemampanan dan saringan ESG berasaskan kecerdasan buatan termaju daripada Arabesque.

Ahli-ahli pakatan termasuk International Finance Corporation, UNCTAD, Global Reporting Initiative, Bridgewater Associates, Swiss Re, HSBC, Deutsche Bank, HKEX, Allianz, Glass Lewis, Cardano Development, QUICK, Goldbeck, Werte Stiftung, Climate Leadership Coalition, Climate Governance Initiative, Climate…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version