LUMUT – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) julung kalinya menjalin kerjasama dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi penganjuran Program Ihtimam Ramadan 2025 di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut.
Program itu merupakan inisiatif tahunan Bank Islam bagi menyantuni dan berkongsi rezeki dengan komuniti sekitar, khususnya dalam meraikan kemuliaan bulan Ramadan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd. Muazzam Mohamed berkata, program itu selari dengan nilai bank tersebut yang mendahulukan kemakmuran untuk semua menerusi pembangunan komuniti yang mampan dan inklusif.
“Menerusi Program Ihtimam Ramadan 2025, Bank Islam memperuntukkan RM65,000 untuk melaksanakan program murni ini termasuk RM35,000 dalam bentuk zakat yang disampaikan kepada 100 penerima asnaf yang layak.
“Ia termasuk anggota TLDM, petugas awam dan komuniti setempat selain peruntukan RM5,000 kepada Masjid An-Nur bagi menyokong aktiviti dakwah dan penambahbaikan kemudahan masjid,” katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: