
PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad mengumumkan pelantikan Raja Datin Teh Maimunah Raja Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berkuat kuasa 1 April 2026.
Menurutnya, pelantikan tersebut adalah hasil daripada proses pencarian yang rapi dan menyeluruh, di mana Lembaga Pengarah telah menilai sekumpulan besar calon yang berkelayakan tinggi sebelum memutuskan Raja Teh Maimunah sebagai calon terbaik untuk memimpin Kumpulan ke fasa pertumbuhan seterusnya.
Beliau menggantikan Datuk Mohd. Muazzam Mohamed, yang telah bersara awal pada Disember 2025 setelah lebih sedekad di Bank Islam.
Raja Teh Maimunah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (LLB) Undang-Undang (Kepujian) dan Doktor Kehormat Undang-Undang dari University of East London, serta merupakan Felo Pegawai Bank Bertauliah dan Profesional Bertauliah dalam Kewangan Islam (CPIF).
Sebelum menyertai Bank Islam, beliau adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AEON Bank (M) Bhd. dan menerajui pelancaran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: