PETALING JAYA – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) bakal memberikan jaminan kewangan sehingga RM76.8 juta bagi penerbitan sukuk bernilai RM96 juta oleh Econas Resource to Energy Sdn. Bhd. (ER2E).
Sukuk ini adalah sebahagian daripada program ASEAN Sustainability SRI Sukuk Murabahah bernilai RM500 juta ER2E.
Dana ini akan digunakan untuk membiayai sebahagian daripada pembangunan Kompleks Pemulihan Sumber dan Pelupusan (RRDC) dan Kemudahan Rawatan Sisa Berjadual Sumber Tenaga (R2E-SW) Bersepadu di Pengerang, Johor, yang akan meningkatkan kapasiti kemudahan pengurusan sisa berjadual di Malaysia.
AmInvestment Bank Berhad adalah Penasihat Utama dan Pengatur Kumpulan untuk program ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdul Wahab, berkata, projek ini bersesuaian dengan tujuan bank untuk menyokong pembangunan negara menerusi penyediaan modal berimpak tinggi.
“BPMB telah membangunkan satu rangka kerja yang dikenali sebagai Measuring Impact on National…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
