PETALING JAYA- Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah memperuntukkan RM10 juta kepada Funding Societies untuk melancarkan Perkongsian Digital Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Perkongsian Digital tersebut merupakan kerjasama antara Funding Societies dengan Ecologitec Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada BPMB yang memanfaatkan skim Platform Pelaburan Dana Padanan BPMB untuk meningkatkan pilihan pembiayaan bagi PKS Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Roni Abdul Wahab berkata, kerjasama dengan Funding Societies ini menandakan satu peristiwa penting dalam misi mereka untuk menyokong PKS.
“Kami komited untuk menyampaikan modal impak yang memacu pembangunan negara.
“Dengan merapatkan jurang pembiayaan dan menggalakkan rangkuman kewangan, kami memperkasakan PKS, mengiktiraf peranan penting mereka dalam memacu pertumbuhan ekonomi.
“Kerjasama ini juga mencerminkan dedikasi kami terhadap agenda pembangunan Malaysia dan sokongan kami untuk kejayaan PKS,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
