Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bank Rakyat tawar moratorium 6 bulan

today21 December 2021

Background


PETALING JAYA – Bank Rakyat menawarkan kemudahan kelonggaran bayaran ansuran pembiayaan atau moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir bermula semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, inisiatif itu bertujuan mengurangkan beban kewangan ditanggung pelanggannya yang terjejas akibat banjir dan pada masa yang sama, turut berdepan kekangan kewangan akibat pandemik.

“Bank Rakyat sentiasa komited membantu semua pelanggan kami yang terjejas, seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia dan kami berharap bantuan ini dapat membantu melegakan mereka yang bimbangkan komitmen kewangan ketika waktu yang mencabar ini.

“Justeru, pelanggan Bank Rakyat yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembayaran pembiayaan produk yang dilanggan boleh memohon bantuan moratorium ini.

“Ini termasuk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

PCCS jual segmen pembungkusan dengan nilai RM8.5 juta

PETALING JAYA –  PCCS Group Bhd (PCCS) melalui pemegang taruh utamanya, CCSB Sdn. Bhd., bercadang  menjual anak syarikat, Mega Label (Malaysia) Sdn. Bhd. (MLMSB) dan Mega Label (Penang) Sdn. Bhd. (MLPSB) dengan nilai sebanyak RM8.5 juta. Pengarah Urusan PCCS, David Chan Wee Kiang, penjualan tersebut akan memberi pulangan one-off sebanyak RM6.26 juta dan ini akan meningkatkan kadar tunai PCCS kepada RM38 juta sebaik pemilikan tersebut dimuktamadkan. “Sementara Pengurusan PCCS sedang […]

today21 December 2021