PETALING JAYA – Bank Rakyat berjaya merangkul anugerah kategori Syarikat Terbaik Tahunan bagi Kecemerlangan dalam Pemerkasaan Sosial pada Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2021.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media, Datuk R. Rajendran dan Editor Urusan CSR Malaysia, Lee Seng Chee kepada Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan.
Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Syed Abdul Aziz menghargai pengiktirafan daripada CSR Malaysia 2021 yang melihat hasil positif Bank Rakyat terhadap pelaksanaan inisiatif jangkauan komuniti seperti program Nuri Nutrisi yang dilancarkan sejak tahun 2019.
“Program ini bertujuan untuk mencorakkan kehidupan lestari masyarakat menerusi pelbagai inisiatif untuk meningkatkan status nutrisi pelajar B40,” katanya dalam kenyataan.
Syed Abdul Aziz menjelaskan, sepanjang tempoh hampir tiga tahun pelaksanaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
