Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Bank Rakyat umum dividen 15%, bonus 2% sempena ulang tahun ke-70

today5 April 2024

Background


PETALING JAYA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, hari ini mengumumkan pembayaran dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 15 peratus, dengan jumlah pembayaran sebanyak RM424.62 juta.

Pembayaran dividen kepada anggota akan dilakukan bermula 5 April 2024.

Pada masa sama, Bank Rakyat turut mengumumkan dividen istimewa sebanyak dua peratus bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-70, melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM56.62 juta.

Ia akan diagihkan berdasarkan pegangan saham yang layak pada 31 Disember 2023 dan pembayaran dividen istimewa akan dilakukan pada September 2024.

Menurut Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd. Irwan Mohd. Mubarak, Kumpulan Bank Rakyat merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 sebanyak RM1.76 bilion, berbanding RM1.70 bilion pada tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 3.8 peratus atau RM64.48 juta.

Jelasnya, ia dipacu oleh aktiviti pembiayaan dan pelaburan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Ekonomi

Sijil halal pacu jualan Kleenso dua kali ganda tahun ini

Kleenso Resources Sdn. Bhd. (Kleenso Resources) pengeluar produk penyelesaian kesihatan dan kebersihan, merekodkan pertumbuhan tempahan serta jualan yang baik bagi produknya Kleenso Serai Wangi Eco Pest Repellent Cleaner yang telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

today5 April 2024