Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pada pagi semalam tular kisah seorang graduan terkandas dalam kesesakan lalu lintas di luar jangkaan apabila terdapat kemalangan di jambatan Pulau Pinang. Bagaimanapun graduan tersebut tidak terlepas majlis tersebut dengan bantuan seorang penunggang motosikal.
Menurut graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, R Kevin, 28, ketika itu sudah lewat bagi menghadiri Upacara Konvokesyen ke-59 USM yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi.
Dia serta ibu dan bapanya bertolak ke USM dari rumah mereka di Seberang Jaya, di sini, pada jam 6.30 pagi. Namun mereka tidak menyangka insiden kemalangan yang berlaku di atas jambatan berkenaan menyebabkan trafik tidak bergerak dan kesesakan luar biasa.
Sumber Gambar: Facebook Universiti Sains Malaysia
“Pada mulanya, saya menyangka kesesakan itu tidak berpanjangan tetapi apabila sudah melepasi jam 9 pagi dan kenderaan masih tidak bergerak, saya nekad…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: