PETALING JAYA – Bajet 2024 yang bakal dibentangkan petang ini perlu memperkasakan sektor hartanah agar lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah sendiri, menurut Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar.
Beliau mengharapkan agar Bajet 2024 memperkenalkan inisiatif yang dapat menjadi pemangkin kepada sektor hartanah yang kini sedang dibelenggu pelbagai kekangan.
“Saya amat berharap Bajet 2024 berupaya memperkasakan sektor hartanah agar manfaatnya dapat merentasi rantaian nilai iaitu dari pembeli rumah, syarikat pemaju serta industri sokongannya.
“Antara insentif yang dialu-alukan adalah potongan cukai faedah untuk rumah berharga RM700,000 di kawasan bandar-bandar utama, selain kadar faedah lebih rendah untuk pembeli rumah kali pertama bagi hartanah RM500,000 di kawasan yang bukan merupakan bandar-bandar utama.
“Kerajaan juga diharap dapat memperkenalkan semula kempen-kempen pemilikan rumah seperti Skim Perumahan Mampu Milik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: