Site icon Kool FM

Bantuan RM1 juta untuk koperasi terjejas banjir


PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memperuntukkan bantuan permulaan sebanyak RM1 juta untuk koperasi yang terjejas akibat banjir.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, nilai maksimum yang akan diberikan kepada setiap koperasi yang la­yak adalah sebanyak RM30,000.

“Bantuan ini tidak terhad untuk premis koperasi yang terjejas banjir sahaja, tetapi juga untuk membiayai kerosakan dan kerugian prasarana di tapak pertanian, perladangan dan penternakan yang diusahakan oleh koperasi yang terjejas,” katanya.

Noh Omar menambah, SKM kini turut membenarkan mana-mana koperasi di negeri-negeri yang terjejas banjir menangguhkan pengauditan akaun koperasi disebabkan kemusnahan dokumen-dokumen perakaunan akibat banjir.

Jelasnya, penangguhan tersebut juga tidak menolak kemungkinan koperasi turut terpaksa menangguhkan mesyuarat agung tahunan ke satu tempoh yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version