Pengacara dan penyampai radio, Dayah Bakar berkongsi berita duka mengenai pemergian bapa tercinta, Datuk Haji Abu Bakar Johar.
Salam takziah

Menerusi hantaran ‘repost’ di Instagram Story, memaklumkan bahawa Allahyarham dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi hari ini, 12.59 pagi, di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ayah saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.59 pagi hari ini. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.
Kami reda dan menerima berita ini dengan hati yang berat. Mohon titipkan doa buat arwah. Semoga Allah mengurniakan rahmat-Nya, memudahkan perjalanannya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.
Terima kasih kepada semua yang telah mendoakannya sepanjang beberapa hari ini.
Pengebumian jenazah
Menerusi hantaran ‘repost’ berkenaan, Hidayah turut memaklumkan mengenai urusan pengurusan jenazah bapanya.
Menurutnya, jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Surau Silaturahim SPPK, Segambut dianggarkan antara 10.00 pagi hingga 11.00…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: