Suspek yang berasal Lahad Datu dijatuhkan hukuman penjara 105 tahun serta 70 kali sebatan susulan merogol anak kandung sendiri sejak Disember 2025 hingga Mac tahun ini.
Artikel Berkaitan: Mekanik Direman, Siasatan Kes Rogol & Samun Remaja Sedang Beriadah
Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan
Rogol anak sulung

Memetik laporan Berita Harian, suspek berusia 53 tahun yang juga seorang guru tuisyen itu mengaku bersalah pada prosiding yang berlangsung hari ini.
Difahamkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan, dengan semua hukuman diperintahkan berjalan secara berasingan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan atas pertuduhan merogol anak perempuannya di beberapa hotel.
Bagi kesalahan itu, dia berdepan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan tidak kurang 10 kali sebelum mengaku bersalah di mahkamah.
Dilaporkan, tertuduh mengakui berasa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: