
Seorang lelaki yang juga bapa kepada dua cahaya mata dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Kulim, Kedah selepas mengaku bersalah mencuri beberapa barangan keperluan dari sebuah pasar raya, minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Bapa Dipenjara 105 Tahun 70 Sebatan, Akui Insaf R*gol Anak Kandung Berulang Kali
Mengaku bersalah


Memetik laporan Sinar Harian, Majistret Nur Hamizah Mat Shah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Muhamad Zani Ishak, 49, sebaik sahaja tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan mahkamah.
Mengikut pertuduhan, Muhamad Zani didakwa mencuri dua bungkusan serbuk Milo seberat 1.8 kilogram, empat bungkusan serbuk Milo 900 gram serta lapan botol syampu dengan nilai keseluruhan RM252.60.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pasar raya di Kulim kira-kira pukul 10.52 pagi pada 15 Julai lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: