Kool FM

Bapa Khai Bahar Meninggal Dunia


Bapa kepada penyanyi, Khai Bahar iaitu Baharuddin Bakri dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 9 malam pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: Khai Bahar Mimpi Arwah Ibu, Tak Bercakap Tetapi Tersenyum – ‘Dia Minta Saya Kuat Jaga Adik-Adik’

Al-fatihah

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories.

Bagaimanapun setakat ini, punca kematian tidak dimaklumkan kepada umum.

Malah, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Khai tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab.

Kehilangan ini sekali gus menambah lagi ujian besar buat Khai apabila sebelum ini dia berdepan dugaan besar apabila ibunya, Rosnah Muhammad, menghembuskan nafas terakhir pada 2 Januari tahun lalu.

Ramai rakan artis dan peminat mula membanjiri ruangan komen di media sosial dengan ucapan takziah serta doa agar Khai terus tabah menghadapi dugaan.

Tidak kurang juga yang menitipkan doa semoga roh kedua ibu bapa Khai ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version