Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bapa Pasya Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru Tahap 4

today13 September 2025

Background
Bapa Pasya Meninggal Dunia Pada Usia 65 Tahun


Penyanyi Pasya berkongsi berita duka mengenai pemergian bapa tercinta, Fauzi Ab Ghani pada Sabtu.

Salam takziah

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraff Fauzi, 31, memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada Jam 7.07 pagi.

Dalam perkongsian sama, Pasya turut memaklumkan jenazah akan disolatkan di Surau Hidayah, Flat Taman Dato Ahmad Razali selepas solat Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Mohon yang mengenali sedekahkan Al-Fatihah buat ayah saya. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan diampunkan dosa-dosanya.

Sekiranya arwah ada berhutang dengan sesiapa, Mohon hubungi saya.

Sementara memetik laporan Mstar, Allahyarham meninggal dunia pada usia 65 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser paru-paru tahap empat.

Sumber: Instagram Pasya, Mstar



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post