Site icon Kool FM

Bapa Positif Dadah Ditahan, Anak Perempuan Sesak Nafas Disyaki Termakan ‘Cookies Ganja’


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lawin di sini, selepas termakan biskut coklat berperisa ganja buatan bapanya dalam kejadian pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan diterima daripada pembantu perubatan klinik berkenaan sekitar jam 10.26 malam berikutan keadaan mangsa yang mengalami sesak nafas, pening kepala dan loya.

“Siasatan mendapati biskut disyaki dicampur dengan ganja dibuat oleh bapa mangsa menyebabkan dia mengalami simptom tersebut.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik untuk terima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah ditahan bersama biskut berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version