Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bapa Ziana & Anuar Zain Meninggal Dunia

today26 August 2025

Background
Bapa Ziana & Anuar Zain Meninggal Dunia


Bapa kepada adik-beradik penyanyi popular iaitu Ziana Zain dan Anuar Zain, Zain Abdullah dilaporkan telah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan: Anuar Zain Pernah Dilabel Tumpang Populariti Ziana Zain – ‘Saya Senyum Ja’

Meninggal dunia

Difahamkan, Zain, 87, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam.

Sementara itu, menerusi muat naik di Instagram, @anuarzainnetwork yang merupakan pengurusan rasmi Anuar juga berkongsi mengenai perkara itu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina sebelum Maghrib.

Untuk rekod, Zain adalah pesara polis dan pernah terbabit dalam kugiran pasukan beruniform.

Zain juga merupakan tunjang belakang permulaan kerjaya seni untuk Ziana dan Anuar.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hanis Zariman


Previous post