PETALING JAYA – Aspek praktikal dan gangguan akibat pandemik telah membuka laluan kepada kadar penerimaan yang lebih baik bagi barangan terpakai di Malaysia, menurut Laporan Indeks Perdagangan Semula (Recommerce) Carousell 2021 yang diterbitkan baru-baru ini.
Pertumbuhan tersebut merentasi kategori fesyen, peralatan elektronik dan kenderaan.
Pengurus Negara (Malaysia) Carousell, Tang Siew Wai berkata, pihaknya sentiasa menyasarkan untuk memberi nafas baharu kepada barangan yang jarang digunakan, sebagai satu cara mengurangkan pembaziran dan membantu komuniti mendapatkan lebih nilai kewangan.
“Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, pandemik telah mengubah tingkah laku biasa pengguna dan Laporan Indeks Perdagangan Semula Carousell adalah ‘buku laporan’ yang tepat untuk menjelaskan kedudukan kita sekarang.
“Ia juga memberi isyarat bagaimana kita boleh menjadikan barangan terpakai sebagai pilihan pertama dalam usaha untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
