Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Prestasi menghampakan Barcelona musim ini diteruskan dengan berita tersingkirnya juara bertahan tersebut daripada pusingan 16 akhir Copa Del Rey.
Ini selepas Barcelona tunduk kepada Athletic Bilbao dengan jaringan 3-2 – selepas masa ekstra – di San Mames.
Perlawanan berlangsung sengit antara kedua dua pasukan. Pertahanan Barcelona yang agak ‘berusia’ sukar untuk berdepan dengan kelajuan dan kelincahan Nico Williams.
Walaupun mereka berjaya bangkit dua kali daripada ketinggalan, namun penalti lewat oleh Iker Muniain memastikan Athletic Bilbao mara ke suku akhir.
Perlawanan bermula dengan jaringan awal dicipta oleh Athletic Bilbao dengan gol pada minit ke-2.
Namun gol itu berjaya disamakan oleh penyerang baharu Barcelona iaitu Ferran Torres pada minit ke-20. Torres menerima bola daripada Busquets dan menembak ke sudut jauh tiang gol lawan. Membuatkan Julen Agirrezabala…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: