
Pengendali Barcelona, Hansi Flick, 61, memberikan gambaran jelas mengenai harapannya terhadap pemain berusia 30 tahun itu dan menyifatkan Rodri sebagai pemain yang mampu mengubah tahap permainan pasukan.
Flick turut menganggap Barcelona kini memiliki pemain nombor 6 (defensive midfielder) terbaik dunia pada masa kini.
“Berpeluang membawa Rodri ke sini adalah satu peluang yang besar untuk kami. Semua orang 100 peratus yakin mengenainya. Dia pemain yang hebat,” kata Flick kepada media kelab.
Rodri sebelum ini membina reputasi sebagai antara pemain tengah bertahan terbaik dunia ketika bersama Manchester City dan skuad kebangsaan Sepanyol. Dia turut memenangi Ballon d’Or 2024 serta Golden Ball sebagai pemain terbaik Piala Dunia 2026.
Flick turut memuji kemampuan Rodri mengawal permainan dan membantu pasukan ketika bertahan.
“Rodri ialah pemain yang hebat dan dia boleh memberikan sesuatu yang istimewa kepada mana-mana pasukan. Saya sangat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
