
Satu kontroversi baharu menjelang Piala Dunia FIFA 2026 tercetus apabila pengadil Somalia, Omar Abdulkadir Artan, dilaporkan berdepan masalah kemasukan ke Amerika Syarikat walaupun telah dilantik oleh FIFA sebagai salah seorang pegawai perlawanan kejohanan tersebut.
Menurut laporan, Artan dikatakan gagal mendapatkan kebenaran masuk ke Amerika Syarikat meskipun telah menerima bantuan daripada Kedutaan Somalia di Nairobi, termasuk urusan mendapatkan pasport diplomatik.
Artan bukanlah nama asing dalam arena bola sepak Afrika. Beliau mencipta sejarah sebagai pengadil pertama dari Somalia yang dipilih untuk mengendalikan perlawanan di pentas Piala Dunia FIFA serta pernah diiktiraf sebagai Pengadil Terbaik Afrika 2025 oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).
Kariernya terus melonjak selepas mengendalikan beberapa perlawanan berprofil tinggi termasuk aksi Liga Juara-Juara CAF dan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), sekali gus menjadikannya antara pengadil…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: