Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Baru Sahaja Dibuka, Langkawi Terima 3,200 Pelancong Sempena Hari Pertama Pembukaan

today17 September 2021

Background


Lama dinantikan orang ramai, Pulau Langkawi akhirnya mulai menerima kemasukan pelancong pada 16 September 2021 sempena Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Sinar Harian, sebanyak 18 penerbangan dilaporkan tiba sepanjang hari membawa 2,200 penumpang manakala 1,000 pelancong lagi tiba menerusi feri dari Terminal Feri Kuala Perlis.

Sumber: berita harian

Menurut kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, beliau menjangkakan sekitar 30,000 pelancong bakal memasuki Pulau Langkawi sekitar dua minggu ini manakala sekitar 200,000 pelancong bakal memasuki pulau tersebut menjelang Disember kelak.

Setakat ini masih belum terdapat pelancong yang dikompaun gara-gara ingkar SOP sewaktu berada di pulau berkenaan menerusi laporan daripada Harian Metro.

Menerusi saranan pelancong yang ke pulau tersebut, mereka menasihatkan agar orang ramai tiba ke lapangan terbang atau jeti dengan lebih awal dalam memudahkan urusan untuk membuat ujian…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hairi Ariff


Previous post

Sukan

NSFC fokus aksi terakhir

Kuala Lumpur: Pasukan-pasukan dari Liga Perdana enggan memikirkan tentang cabaran serta peluang untuk berentap di Piala Malaysia kerana fokus utama mereka adalah terhadap baki saingan perlawanan liga yang akan dihadapi Selasa depan.

today17 September 2021