Site icon Kool FM

Baru Sahaja Menetap 7 Bulan, Gadis Jepun Ini Fasih Berbahasa Malaysia Dengan Loghat ‘Ganu’


Menjadi satu perkara biasa untuk kita merasa bangga apabila individu negara luar boleh mahir dan fasih berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia.

Terbaharu, tular satu video yang memaparkan dua orang Jepun yang melakukan satu temu ramah secara santai berkenaan negara Malaysia.

Video yang dimuat naik oleh influencer Jepun yang rajin membuat content Bahasa Melayu di TikTok miliknya @dari_malaysia_, memaparkan dia bertemu dengan seorang lagi orang Jepun yang pernah tinggal selama 7 bulan di Malaysia.

Apa yang menarik perhatian, gadis yang ditemu ramah itu sangat fasih berbahasa Melayu meskipun tinggal di sini dalam jangka masa yang tidak begitu lama.

Gadis yang pernah bermaustatin di Dungun, Terengganu itu berkongsi pengalamannya yang bekerja sebagai pembantu guru bahasa Jepun dan menceritakan apa yang disukai mengenai Malaysia.

Dia juga berkongsi dia sangat sayang dengan pelajar-pelajarnya di negeri Pantai Timur itu namun tidak dapat menolak dia mempunyai masalah dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version