Site icon Kool FM

Baru Sedar Terjual Ubi Getuk ‘Masam’, Peniaga Bazar Ramadan Ini Sedia Pulangkan Semula Wang Pelanggan


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sudah menjadi seakan kebiasaan di mana orang ramai juga meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti dan kuantiti makanan yang ditawarkan di Bazar Ramadan di mana tidak sepadan dengan harga yang dijual. Makanan yang basi, rosak atau terlalu mahal antara yang menjadi iu.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang peniaga tampil memohon maaf dengan makanan yang dijual di Bazar Ramadan Seksyen 3, Bangi.

Berdasarkan perkongsian Facebook Sri Rezeki Handayani di Facebook Group Bandar Baru Bangi Community (BBBC), beliau yang menjual getuk ubi kayu memaklumkan sedia memulangkan wang pelanggan semula selepas mendapati makanan yang disediakan dan dijual telah masam berikutan penggunaan kelapa parut yang sudah lama.

Sumber: Facebook Group Bandar Baru Bangi Community (BBBC)

Beliau difahamkan mulai menyedarinya selepas mencuba makanan tersebut sewaktu berbuka. Tidak mahu makan wang yang tidak berkah serta berasa takut,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version