
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mengesahkan bahawa tayangan filem tempatan berjudul ‘Konspirasi’ di seluruh pawagam di Malaysia telah ditamatkan secara rasmi bermula 28 Mei 2026.
Maklumat berhubung penamatan ini diterima oleh pihak FINAS daripada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) dan pihak pengedar filem, iaitu Media Prima Berhad.
Berdasarkan e-mel yang dikongsikan kepada FINAS, keputusan tersebut dibuat sepenuhnya atas permintaan pihak penerbit filem berkenaan, iaitu Elepfilm Entertainment Sdn. Bhd.
Hasil semakan FINAS dengan pihak pengedar serta pempamer filem turut mendapati bahawa penamatan tayangan tersebut adalah murni permintaan penerbit sendiri dan sama sekali tidak melibatkan sebarang arahan daripada pihak lain.
Sebagai rekod, filem ‘Konspirasi’ telah mematuhi segala prosedur sebelum tayangan dengan memperoleh kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF) serta kelulusan di bawah Skim Wajib Tayang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: