Site icon Kool FM

Bas Lyon Diserang Penyokong Marseille, Grosso Alami Kecederaan

Lyon


‘Sudah jatuh ditimpa tangga’, mungkin itulah pepatah yang cukup sesuai untuk dikaitkan dengan kelab saingan Ligue 1, Olympique Lyon.

Artikel Berkaitan:

Tanpa sebarang kemenangan hanya berbekalkan tiga keputusan seri dan enam kekalahan setakat ini, skuad kendalian Fabio Grosso itu terperosok ke tangga terakhir liga.

Keadaan itu disulitkan lagi dengan insiden serangan penyokong Marseille terhadap bas pasukan sehingga menyebabkan Grosso mengalami kecederaan di bahagian muka.

Menurut sumber laporan Goal, pengurus yang merupakan pemenang Piala Dunia 2006 bersama skuad kebangsaan Itali itu telah mengalami luka di bahagian muka hampir 3cm.

Ia berikutan serpihan kaca cermin tingkap bas yang berterbangan setelah terkena hentakan akibat balingan batu oleh segelintir penyokong Marseille tersebut.

Difahamkan, pembantu Grosso turut mengalami kecederaan dan kedua-dua mereka dirawat di bilik persalinan.

Insiden itu berlaku ketika kem Lyon sebaik sahaja tiba di Stade Velodrome…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version