PETALING JAYA – British American Tobacco (Malaysia) Bhd. (Bat Malaysia) mengumumkan Pengarah Urusannya, Jonathan Reed telah meletak jawatan untuk memegang tugas baharu sebagai Group Head of Combustibles bersama British American Tobacco PLC bermula 1 September 2021.
Reed akan diganti oleh Nedal Salem, yang kini merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ceylon Tobacco Company PLC.
BAT Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, di bawah kepimpinan Reed, BAT Malaysia berjaya kembali mencatat pertumbuhan dan beliau memainkan peranan penting dalam usaha menentang pasaran gelap tembakau.
Untuk separuh tahun pertama 2021, BAT Malaysia memperoleh keuntungan daripada operasi berjumlah RM193 juta, pertumbuhan 25 peratus berbanding RM154 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu, manakala pendapatan meningkat 13 peratus kepada RM1.16 bilion.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah BAT Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, pihaknya berterima kasih kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: