SHAH ALAM – Bateriku (M) Sdn. Bhd. dan TowMe SG Pte. Ltd. (TowMe Asia) menandatangani Memorandum Perjanjian bagi membekalkan perkhidmatan kecemasan bantuan kenderaan secara atas permintaan (on demand) kepada lebih daripada sejuta pelanggan yang terdapat di dalam ekosistem kedua-dua buah syarikat.
Kerjasama rentas sempadan buat pemilik kenderaan di Singapura dan Malaysia ini menyediakan sokongan kepada pemandu yang memasuki kedua buah negara termasuk khidmat penggantian bateri, trak tunda, penggantian tayar, pengisian petrol dan perkhidmatan membuka kunci kereta.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Azarol Faizi, secara purata, 145,000 kereta bergerak merentasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) setiap hari.
“Kerjasama rentas sempadan ini merupakan inisiatif yang kami percaya akan memberi manfaat kepada pemilik kenderaan di Malaysia dan Singapura,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, sempena majlis menandatangani perjanjian di Bateriku Pitstop JB City,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
