Site icon Kool FM

Batik Air tambah penerbangan ke Sabah, Sarawak


PETALING JAYA – Batik Air bakal menambah lebih banyak penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu (KK) dari Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi meme­nuhi permintaan yang semakin bertambah menjelang sambutan Hari Krismas dan tahun baru tidak lama lagi.

Susulan daripada saranan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini, syarikat menambah 21 penerbangan sehari bermula 22 Disember hingga 3 Januari depan antara KLIA ke Kuching dan Kota Kinabalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mushafiz Mustafa Bakri berkata, susulan kebimbangan yang di­suarakan menteri mengenai ke­sediaan penerbangan pada musim puncak, pihaknya membuat tambahan penerbangan pada minggu akan datang.

“Kami juga sedang merancang untuk menambah kapasiti baharu pada musim perayaan Tahun Baru Cina akan datang juga ke Kuching, Kota Kinabalu dan juga destinasi popular lain untuk memenuhi permintaan yang bakal meningkat,” katanya dalam ­kenyataan yang dikeluarkan di sini semalan.

Sehubungan itu,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version