Site icon Kool FM

‘Batman Mexico’ Jadi Buruan Polis Selepas Ikat Lima Suspek Pencuri Pada Tiang

Batman Mexico Tangkap, Lekat Pencuri Motosikal Dekat Tiang


Seorang vigilante (pejuang jalanan) warga Mexico yang digelar sebagai ‘Batman’ kini diburu pihak polis kerana didakwa mengejar suspek pencuri motosikal di sekitar bandar sebelum mengikat mereka pada tiang lampu menggunakan pita pelekat, menurut sebuah laporan.

Sekurang-kurangnya lima lelaki ditemui dalam keadaan tidak berdaya selepas diikat dengan pita pelekat pada tiang-tiang jalan dalam tempoh 10 hari, bermula 13 Jun di kawasan Lagos de Moreno, Jalisco, petik NY Post.

Berdasarkan beberapa foto yang dimuat naik oleh wartawan Mexico, Luis Cárdenas, di platform X, kebanyakan daripada suspek pencuri berkenaan turut diconteng dengan imej misai, misai kucing, serta perkataan Sepanyol yang membawa maksud ‘pencuri’ pada wajah mereka.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version