
Bagi rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara, kerinduan terhadap makanan tempatan sememangnya sukar dibendung.
Baru-baru ini, sepasang pelancong berkongsi pengalaman menarik mereka ketika berada di Discovery Mall yang terletak di Kuta, Bali. Di sana, mereka terjumpa sebuah kedai roti yang menjual hidangan seakan-akan jenama ikonik Malaysia, Roti Boy.
Sebaik sahaja terhidu aroma kopi yang kuat dan memikat, memori mereka terus melayang ke tanah air.
Walaupun sedar ia bukan jenama asal yang biasa mereka makan, bau yang luar biasa itu benar-benar membangkitkan selera.
Apatah lagi mereka belum sempat bersarapan pada pagi itu, membuatkan keterujaan mereka berganda untuk mencubanya.
Namun, sebaik sahaja roti bertukar tangan, ada sedikit kekecewaan awal kerana roti tersebut tidak sepenuhnya panas. Walau bagaimanapun, demi mengubati rindu, mereka tetap meneruskan sesi ujian rasa dengan harapan ia mampu menandingi kehebatan rasa roti di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: