Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bawa Air Ketum Ke Singapura, Lelaki Tempatan Berdepan Lima Sebatan Dan Penjara

today29 October 2025

Background
ketum


Penggunaan dan penjualan daun ketum serta air rebusannya adalah dilarang dan dikawal di bawah Akta Racun 1952 (Poisons Act 1952) di Malaysia, inikan pula di Singapura yang sudah terkenal dengan undang-undang yang ketat.

Padah bawa ‘cecair’ terlarang, Seorang lelaki Malaysia berusia 37 tahun dicekup pegawai di Tuas ketika cuba menyeludup jus ketum ke dalam Singapura lapor Harian Metro.

Menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, penahanan lelaki itu berlaku pada 14 Oktober lalu selepas motosikalnya ditahan di Tuas untuk pemeriksaan lanjut.

“Ketika ditanya sama ada dia mempunyai barangan untuk diisytiharkan, lelaki itu dengan yakin menjawab ‘tiada’.

“Namun, pemeriksaan terperinci membawa kepada penemuan sebotol cecair disyaki air ketum yang disembunyikan di dalam beg,” katanya.

Susulan kejadian itu, kes berkenaan telah diserahkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura bagi tujuan siasatan terperinci. ICA…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post