Tular kisah seorang pencinta kucing, Sonia Rizkika Rai apabila kucing kesayangannya telah dibunuh dengan kejam di Kota Medan, Indonesia. Rata-rata warganet terkejut dengan kes pembunuh kejam ini kerana si pembunuh bertindak memotong kepala kucing-kucing yang ditangkap olehnya sebelum dilapah serta dagingnya dijual di pasar. Ternyata, daging kucing di sana masih bernilai dan masih ada yang menggemarinya.
Sonia Rizkika Rai telah membuat perkongsian kisah kucing-kucingnya ini melalui akaun Instagramnya pada Rabu, 27 Januari 2021, bermula dengan kes kehilangan kucing peliharaannya bernama Tayo. Sonia mendapati Tayo hilang sejak tiga hari lalu dan dia segara mulakan pencarian di kawasan berdekatan namun Tayo gagal ditemui.
Tidak lama selepas itu, ada seorang individu memaklumkan kepada Sonia bahawa ada individu yang dikenalinya telah mengambil Tayo dan memasukkannya ke dalam guni. Dipercayai, individu tersebut sering menangkap kucing-kucing jalanan yang dijumpainya untuk dibunuh dan dagingnya dijual dengan harga 70,000 rupiah iaitu lebih kurang RM20 per kilogram.
Walaupun pada awalnya Sonia hadapi kesukaran untuk menemui rumah si pembunuh kucing sehingga bergaduh mulut dengan jiran berdekatan, Sonia dibantu oleh seorang kanak-kanak. Hari Sonia menjadi lebih suram apabila jiran terdekat si pembunuh kucing itu memberitahu bahawa ada guni berisi potongan daging berdekatan rumahnya.
Berdasarkan perkongsian Sonia, si pembunuh kucing itu sempat berbohong kepadanya dan menyatakan bahawa kandungan dalam guni itu adalah daging anjing tetapi apabila Sonia membuka guni itu, dia temui sebahagian daging dan kepala beberpa ekor kucing.
Lebih menyedihkan apabila Sonia dapati salah satu kepala kucing dalam guni itu adalah kepala Tayo dan lebih kejam lagi, ada kepala kucing yang dipercayai milik seekor kucing bunting. Selepas kejadian, Sonia terus membuat laporan polis namun malangnya pihak polis berikan reaksi yang tidak dijangkakan iaitu mereka hanya ketawa.
Tindakan membunuh haiwan jalanan dan menjual dagingnya secara haram untuk kepentingan diri sendiri adalah satu tindakan yang kejam. Perkara seperti ini tidaklah seharusnya dibiarkan berlalu dan menganggap ia adalah satu pembunuhan yang tidak serious.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Lelaki Ini Jadikan Kucing Sebagai Santapan Ular Belaan
Kejam! Seorang Wanita Melepaskan Geram Pukul Kucing Bunting Sehingga Mati
Sumber: Instagram Sonia Rizkika Rai
