Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bawa Penumpang Awam Pergi Majlis Pengebumian, JPJ Sita Bas Sekolah

today17 May 2026

Background
Bawa Penumpang Awam Pergi Majlis Pengebumian, JPJ Sita Bas Sekolah


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengambil tindakan tegas menyita sebuah bas sekolah yang dikesan menyalahgunakan permit kenderaan dengan membawa penumpang awam.

Bas yang membawa 26 individu tersebut ditahan dalam Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Ops KPA) di susur keluar Tol Gurun, kira-kira jam 12 tengah hari tadi, petik Harian Metro.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam, memaklumkan bahawa semua penumpang terbabit dipercayai dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian di Bukit Jenun, Pendang.

Hasil siasatan awal mendapati pemilik bas yang berusia 73 tahun itu memberi alasan melakukan kerja sambilan tersebut ekoran kekurangan permintaan membawa pelajar sekolah sejak dua tahun lalu.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan bahawa permit bas sekolah adalah khusus untuk pelajar sahaja demi menjamin keselamatan dan perlindungan insurans penumpang. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 80(1) APAD 2010.


Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post