Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bayi 10 Bulan Ditemui Maut, Dipercayai ‘Terlucut’ Ketika Dimandikan Oleh Pengasuh

today16 June 2025

Background


Menurut laporan Berita Harian, pihak polis menerima laporan pada pukul 10.42 malam oleh pegawai perubatan di Hospital UiTM Puncak Alam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan menyatakan pengadu menerima seorang pesakit bayi perempuan berusia 10 bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 7.23 malam semasa sedang bertugas di zon merah kecemasan hospital.

“Bayi perempuan itu dibawa dari sebuah klinik di Puncak Alam dengan menggunakan ambulans hospital.

“Pengadu dan doktor pakar kecemasan memberikan rawatan pernafasan dan ubatan terhadap bayi itu yang mengambil masa selama lebih kurang 22 minit, namun mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda bernafas,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post