Perjuangan seorang bayi perempuan berusia 7 bulan yang diagnosis mempunyai sindrom yang jarang berlaku iaitu Kabuki Sindrom, berakhir pada jam 2.30 pagi tadi apabila dijemput Ilahi.
Difahamkan anak syurga bernama Nur Malaiqa Aqeela, merupakan bayi tabung uji (IVF) yang dinantikan selama 11 tahun, melalui perkongsian ibunya, Afeeqa Saidi.
Baca juga: Budak 4 Tahun Terselamat Lepas Jatuh Tingkat 16 & Tanpa Patah Tulang!
BAYI PEREMPUAN

Gambar: Tiktok @kakfeeqa
Perkongsian Afeeqa di laman Tiktok tentang perjalanan hidup yang dilalui permata hatinya sepanjang berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), sejak dilahirkan pada Januari tahun ini, mengundang sebak warga maya.
Namun, sebelum adik Aqeela meninggal dunia, pada 1 Ogos lalu Afeeqa menerima panggilan daripada doktor untuk menidurkan (intubasi) anaknya itu. Menurut Afeeqa, arwah telah melalui prosedur tersebut sebanyak 5 kali.
Saban hari dan waktu, ibu bapa Aqeela dan warga maya berdoa agar adik Aqeela sembuh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: