Site icon Kool FM

BDB bangun rumah mampu milik RM550 juta


PETALING JAYA – Syarikat usaha sama antara BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land) dan LPB Development Sdn. Bhd., BDB Lagenda Sdn. Bhd. (BDB Lagenda) bakal membangunkan perbandaran mampu milik yang dinamakan sebagai Darulaman Lagenda seluas 93 hektar di Sungai Petani dengan nilai pembangunan kasar RM550 juta.

Fasa pertama projek berkenaan melibatkan pembangunan seluas 11 hektar dengan penyediaan sebanyak 282 unit rumah setingkat dengan anggaran harga jualan antara RM180,000 dan RM250,000. 

Pendaftaran bagi Fasa 1 akan dibuka pada November, dengan jangkaan bagi kerja-kerja pembinaan dimulakan pada suku kedua tahun 2022 dan mengambil masa selama dua tahun untuk siap.

Fasa seterusnya akan melibatkan pembangunan seluas 80 hektar dengan anggaran penyediaan 2,212 unit rumah mampu milik yang terdiri daripada rumah teres satu tingkat dan rumah kluster.

Setelah siap sepenuhnya, Darulaman Lagenda akan menyediakan anggaran sebanyak 2,500 unit rumah mampu milik yang dijangka akan menjadi pencetus…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version