Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

BDB perkukuh divisyen ECQ – Kosmo Digital

today31 March 2023

Background


ALOR SETAR – BDB Infra Sdn. Bhd. (BDB Infra), anak syarikat Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) memperkukuhkan segmen perniagaan perlombongan kuarinya dengan menandatangani perjanjian jual beli saham Gemi Puncak Sdn. Bhd. dan Gemi Puncak Quarry Sdn. Bhd.

Ia melibatkan pembelian saham syarikat-syarikat tersebut pada harga RM13 juta.

Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, perancangan pengambilalihan berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan perniagaan Kumpulan BDB terutamanya melibatkan divisyen Kejuruteraan, Pembinaan dan Kuari (ECQ). 

“Ia bakal meningkatkan lagi portfolio Kumpulan BDB dan memberi sumbangan positif kepada aset bersih dan aset bersih sesaham syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, selain dijangka turut memberi impak kepada pendapatan syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena majlis menandatangani perjanjian jual beli saham berkenaan di Raia Hotel & Convention…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: JAMLIAH ABDULLAH


Previous post